PENTAULIAHAN KERJA BELIA PROFESIONAL MELALUI PENGALAMAN


Kepada pendidik, penggerak NGO, pembangun belia, pegawai belia dan semua yang terlibat mengembangkan potensi belia:
Jadilah 300 orang pertama yang ditauliahkan sebagai PEKERJA BELIA PROFESIONAL
*Sijil yang akan diterima ialah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3: Pelaksanaan Kerja Belia (S941-001-3:2020)
SIAPA PEKERJA BELIA?
- Individu bertauliah yang berkhidmat untuk menyerlahkan potensi belia dalam pelbagai bidang dan lapangan sama ada NGO, komuniti, swasta atau kerajaan
SIAPA SESUAI UNTUK DITAULIAHKAN?
- Anda yang mahu diiktiraf sebagai orang yang membangunkan belia secara profesional
- Anda yang mahu meningkatkan kepercayaan awam terhadap kemahiran pembangunan belia yang anda miliki
KENAPA PERLU DITAULIAHKAN?
- Untuk mengiktiraf secara rasmi kemahiran pembangunan belia yang anda miliki sebelum secara sukarela atau tidak formal dan tidak dianggap profesional
- Meningkatkan kredibiliti diri untuk terus berkhidmat kepada belia

Berita terkini!
"Belia adalah masa depan Malaysia. Kita tidak akan berjaya dan tidak mampu bertahan jika kekal pasif dan lari daripada tanggungjawab. Cabaran yang dihadapi harus dijadikan semangat dan keberanian, bukan alasan untuk putus asa.

F.A.Q
o Warganegara Malaysia o Berumur 18 tahun ke atas (tiada had umur) o Mempunyai pengalaman aktiviti membangunkan belia sekitar 2 ke 3 tahun yang boleh dibuktikan |
o Pengiktirafan adalah melalui Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) yang mana anda perlu buktikan pengalaman ada terdahulu sahaja. Tiada kelas perlu disertai. o Penarafan adalah mengikut Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (SKPK) atau NOSS yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. |
o Untuk pendaftaran ini di sini percuma sahaja. Anda cuma perlu membayar di dalam sistem MySpike iaitu kepada kerajaan yang akan menguruskan proses pensijilan anda. Kami akan membimbing anda sehingga selesai setelah anda mendaftar bersama kami. |
o Tempoh bergantung kepada berapa cepat anda dapat mengumpulkan bukti-bukti pengalaman dan proses anda membangunkan portfolio diri mengikut format yang ditentukan JPK. Kami akan bimbing anda setelah anda daftar. |
o Setelah menerima SKM Tahap 3, kita boleh menyambung kepada Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 dalam Kerja Belia. Itu semua adalah proses kita akan lalui persama setelah semakin ramai yang telah ditauliahkan dalam Tahap 3 dahulu. |
o AYG adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempromosikan pensijilan ini bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Akademi Pembangunan Belia Negara (APBM) Port Dickson. Kami juga membantu dan memudahcara calon-calon yang ingin dapatkan pensijilan ini dikalangan NGO, individu, komuniti dan swasta. |
o Boleh, semua yang sudah 18 tahun ke atas layak walaupun sudah melebihi umur belia. Sijil ini membolehkan anda terus berkhidmat dengan belia walaupun sudah melepasi umur belia dengan kepercayaan awam terhadap kemahiran anda melalui platform-platform yang pelbagai. |
